Thursday, 9 May 2013

Premium Beautiful User Guidelines

Okay mesti ramai yang nak tau guidelines pemakaian Premium Beautiful kan. Sebab kalau cara salah, maybe kita akan rasa tak selesa bila pakai ataupun Premium Beautiful akan jadi rosak. 



Cara pemakaian Long Girdle

1. Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam.
2. Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa.
3. Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas.
4. Perbetulkan kedudukannya agar selesa.



Cara pemakaian Long Bra 

1. Sarungkan bra ke badan dan letakkan payudara ke dalam cup bra.
2. Cangkukkan di bahagian belakang.
3. Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke 
    hadapan (masukkan ke dalam cup bra).
4. Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
5. Betulkan kedudukan bra.



Cara pemakaian Waist Nipper 


1. Lekatkan kesemua cangkuk.
2. Betulkan kedudukannya.
3. Tarik tali pelaras.
4. Tahan nafas dan cangkukkan.
5. Pastikan ianya selesa.




Panduan Mencuci 

1. Disarankan mengguna Premium Beautiful Wash atau pencuci yang
    lembut, dan cuci secara handwash sahaja untuk mengelakkan corset rosak
    dan FIR terjejas.
2. Rendam corset ke dalam air, setelah pencuci larut sepenuhnya.
3. Mencuci bahagian kotor atau bahagian berpeluh dengan menggosok atau
    mengurut perlahan-lahan dengan tangan.
4. Biasanya, bahagian pinggul lebih kotor. Gosok menggunakan tangan 
    semasa mencuci untuk mengelakkan kerosakan.


Panduan Menjemur 

1. Terbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan
    kedutan-kedutan yang ada.
2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.
3. Jemur di tempat udara mengalir.
4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan 
    menjejaskan kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).


Larangan !! 

1. Dilarang menggunakan pencuci beralkali tinggi.
2. Dilarang menjemur corset di bawah sinaran cahaya matahari.
3. Dilarang menggunakan seterika.
4. Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh.
5. Dilarang memerah corset untuk tujuan mengeringkan air.




Love,



Ziana




 

No comments:

Post a Comment